Politik Kuasa Dan Politik Equality: Pemerhatian keatas Hitler

Der Führer bermaksud “Sang Pemerintah”. Dalam sambungan novel kedua saudara al-Ghazali ini, beliau memeta Hitler sebagai seorang pemerintah. Berbanding novel pertamanya, beliau menceritakan Hitler dari kelahirannya sehingga pada awal Hitler diserap masuk ke parti Nazi.

Membaca Hitler adalah membaca politik. Hitler yang lahir dari jalanan dengan cita-cita untuk menjadi seorang pelukis, akhirnya terubah dengan biografinya ditulis sebagai seorang ahli politik yang berjaya melebar sayap kuasanya dengan cemerlang (jika dipandang dalam konteks politik kuasa), namun dalam politik equality (kesaksamaan politik) Hitler belum berjaya dalam melaksanakannya.

Menggunakan peperangan sebagai modal politik adalah marketing yang berjaya buat seseorang ahli politik.

Malah, itulah modal yang digunakan oleh Hitler untuk memposisikan dirinya menjadi seorang yang berkuasa dan digeruni. Zaman ini, walaupun semua negara bercakap mengenai equality, hakikatnya peperangan masih belum dapat dihindari.

Paling menakutkan, ia dilaksanakan dengan baik oleh tangan-tangan politik juga. Masing-masing cuba mendabik dada menjadi penyelamat sedangkan dalam masa yang sama, tangan itu jugalah yang menjadi asbab (punca) kepada kekusutan yang berlaku hari ini.

Kes-kes seperti Perang Palestin, Holocaust 1939, perang Bosnia 1992, perang saudara di Iraq 2003 dan perang Syria 2011 berpunca daripada politik kuasa. Laungan equality sekadar propaganda sempit yang tidak menyeluruh.

Berpihak dalam politik, jangan berpihak atas nama agama dan ras bangsa, kerana apa yang bakal berlaku di kemudian hari, belum tentu kita ketahuinya secara detail. Mungkin pihak kita boleh menjadi radikal untuk mendapatkan sesuatu, siapa tahu? Jangan nanti, berpihak menyebabkan termakan diri sendiri.

Sebelum munculnya islamophobia, anti-semitik yang digerakkan Hitler telah dipropagandakan terlebih dahulu sekitar 1923 untuk prejudis keatas kaum yahudi. Jangan kita mengulangi kesilapan yang sama ini dengan meletakkan kebangsaan (race) lebih tinggi daripada kemanusiaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s