Peperangan Budaya dalam Teks Sastera Kanak-Kanak

Miss KPOP Lawan Che Mek Molek, pertama kali membaca judulnya, kita sudah tahu penulis cuba membawa ‘peperangan’ antara budaya dua negara, Korea lawan Malaysia. Penulisnya Ain Maisarah dan Hazira Hanapi

KPOP adalah kebudayaan hiburan yang baru (kita sebutkan ia bukan asal tradisi Korea). Manakala Che Mek Molek, nama untuk sejenis kuih asal dari negeri Kelantan, Malaysia. Apa yang penulis cuba angkat bukanlah sejarah kuih itu ataupun apa. Tetapi, ia diertikan atas kebudayaan tradisional dan watak Ema Mona diwatakkan asal dari negeri Kelantan.

Tarian dan muzik adalah sesuatu perkara yang begitu sinonim dengan kebudayaan. Mana-mana negara, mana-mana bangsa akan punya kebudayaan tradisional mereka yang tersendiri.

Dalam siri kali ini, pertembungan di antara dua cabang kebudayaan masih dikekalkan temanya sebegitu. Saya tiada masalah dengan tema seperti ini kerana fokus utamanya adalah kebudayaan. Itu yang harus kita perhatikan.

Klimaks cerita, Minggu Kebudayaan yang diadakan di sekolah menarik minat kedua-dua pihak bagi menyertainya. Mereka ingin menonjolkan budaya masing-masing yang mereka minat. Syilala dan kawan-kawannya menubuhkan kumpulan yang diberi nama Miss KPOP dengan mempertaruhkan tarian KPOP.

Manakala Ema Mona dengan kawan-kawannya pula  menamakan kumpulan mereka sebagai Che Mek Molek sebagai simbolik bagi mempertaruhkan tarian tradisional.

Hakikatnya, budaya hiburan adalah sesuatu yang tidak boleh kekal. Ia berada pada sudut yang sentiasa berubah dan mengikut kehendak permintaan pasaran (trending). Dalam masa yang sama, kebudayaan tradisional tidak semestinya dibuang terus dan tidak berguna.

Percubaan Mengangkat isu seperti ini untuk karya sastera kanak-kanak, boleh dipuji. (1) Kanak-Kanak yang membacanya akan melihat bahawa budaya berada dalam pagar-pagar berbeza (2) Kanak-Kanak akan faham bagaimana menerima budaya luar dan mengadaptasi budaya sendiri agar masing-masing dalam kesederhanaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s