Imam Mahdi dalam Persepsi Mazhab Sunni – Syiah

Pada Mei 2015 umat Islam dikejutkan dengan kehadiran seorang individu yang menganggap dirinya sebagai Imam Mahdi. Memetik laporan dari Suara.TV, lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu mendakwa konon dirinya telah pun dibai’ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi ketika upacara bai’ah yang dilakukan antara hajar aswad dan makam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Perkara sebegini amat membimbangkan umat Islam kerana terdapat individu tertentu sengaja mengeksploitasi konsep Imam Mahdi demi kepentingan dan kemaslahatan sendiri.

Dalam buku Imam Mahdi tulisan Kamaluddin Nurdin, pada awal bab ini merungkai pembuktian sebenar berkenaan siapakah Imam Mahdi itu sendiri. Pemikiran Imam Mahdi adalah persoalan yang rumit dan sukar dihuraikan jika dilihat dari segi ilmu sosiologi.

Ini kerana, terdapat pelbagai tanggapan dan tafsiran yang dapat dirumuskan daripada setiap pengakuan yang dibuat oleh para ulama dan sarjana sehingga masalah ini menimbulkan kontroversi dalam kalangan umat Islam, sejak dahulu sehingga kini.

Dari perspektif Islam, pemikiran perihal Imam Mahdi adalah sebahagian daripada permasalahan agama dalam akidah Islam. Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah sepakat, Imam Mahdi akan muncul pada akhir zaman.

Namun bezanya, Sunni menganggap persoalan berkaitan Imam Mahdi sebagai cabang permasalahan akidah ( furu’ al-akidah al islamiyyah) sehingga ia tidak perlu dibincangkan secara serius

Sebaliknya, Syiah menjadikan isu ini sebagai asas akidah Islam (usul akidah Islamiyyah). Maka, perbincangan ini adalah asas dalam bab akidah Imamah.

Kita Sunni atau Syiah, persoalan Imam Mahdi adalah persoalan kepercayaan tentang kedatangan hari kiamat. Buku ini membawa sisi perbandingan kepercayaan terhadap Imam Mahdi menurut perbincangan dalam mazhab Sunni atau Syiah. Penulis yang kepakarannya dalam kajian Syiah tentu saja akan memuatkan pada sudut pandang Syiah.

Oleh: Chayu Afifi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s