Harapan Keharmonian antara Agama di Malaysia dalam Buku ‘Kau Sempah Apa?’

“Kau Sembah Apa?” tajuknya sangat kasar. Seolah-olah bertanya dalam bentuk mahu berperang. Sedangkan persoalan agama sepatutnya ramah. Mungkin niat asalnya mahu mencari judul yang cathcy tapi judul ini langsung tidak catchy seperti yang diharapkan.

Design kulitnya juga tidak menarik seperti design-design kulit buku terbitan Puteh Press yang lain. Munkin saja, penerbit meletakkan logo-logo agama yang berbeza dan gambar wajah-wajah penganut yang berbeza untuk memberikan persepsi tentang buku ini yang cuba mengetengahkan persoalan-persoalan pelbagai agama. Design kulit bukunya langsung tidak kena dengan judul buku yang dipersembahkan (agak kecewa).

Walaupun begitu, kandungan yang diperbahaskan oleh saudara penulis, Ahmad Iqram sangat bagus untuk diteliti. Negara kita sudah berlambak bahan-bahan bacaan untuk meneguhkan iman (katanya) tentang agama Islam, tetapi kita jarang boleh membaca buku yang membincangkan pelbagai agama dalam sebuah buku. Satu pujian buat penulis dan penerbit yang telah berjaya menerbitkan buku ini.

Perbincangan yang diketengahkan oleh penulis berkisar pengenalan-pengenalan kepada agama-agama yang ada di Malaysia. Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh. Walaupun ianya sekadar ‘pengenalan’ namun bagi mereka (muslim) yang belum terjun ke bidang perbandingan agama, buku ini sangat berguna untuk berkenalan dengan agama-agama lain.

Ada satu perdebatan yang berlaku dahulu (kalau kita masih ingat) iaitu agama mana yang lebih tua? Saudara Iqram menulis;

Nabi-nabi terdahulu bermula daripada Nabi Adam a.s, sehinggalah Nabi Isa a.s. kesemuanya datang membawa syariat Islam yang diturunkan kepada mereka. Rantaian perjalanan agama Islam adalah agama yang tertua sekali, bukan agama Hindu seperti mana yang didakwa buku-buku sejarah agama seperti ‘Mapping History World Religions karangan Dr. Lan Barnes,’ ‘Comparative Study in History of Religions karangan Lois J. Budd,’ ‘History, Religion, and Antisemitism karangan Gavin I. Langmuir’ dan banyak lagi.

Antara perkara yang menjadi salah faham masyarakat Muslim dalam teologi Islam adalah mereka percaya Islam adalah agama yang bermula daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah salah fahaman yang agak besar terhadap Islam.

Bercakap melalui kaca mata agama di Malaysia, isu agama adalah isu yang paling sensitif. Tentu saja, ia menjadi sensitif kepada orang yang tidak mampu meletakkan suasana agama dalam berbilang faham yang berlangsung sejak sekian lamanya di Malaysia.

Mungkin, kemunculan buku ini mampu untuk mengurangkan isu agama menjadi isu yang paling sensitif di Malaysia (Jika ada yang beli dan baca). Kita terus berharap untuk bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman tanpa saling memburukkan antara satu sama lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s