Persepsi kita tentang orang Afrika dalam buku Laki Aku Negro

‘Rasisme’ adalah satu fahaman yang selalu dimainkan dalam kalangan masyarakat majmuk. Umum mengetahui bahawa rasis adalah satu cerminan sikap yang tidak baik. Kerana rasis, timbulnya rasa benci antara satu sama lain.

 Tragedi 13 Mei ternyata meninggalkan titik hitam buat negara Malaysia. Rusuhan kaum itu memberi petanda, tahap perpaduan antara sesebuah bangsa dengan bangsa lain masih lemah.

Namun, selepas lebih 40 tahun peristiwa itu berlaku, rakyat Malaysia dilihat semakin belajar untuk lebih bersatu padu walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

Allah s.w.t. menyatakan dalam ayat-Nya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami sudah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami sudah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (SurahAl-Hujurat, ayat 13)

Memang benar kita diciptakan dengan pelbagai ragam dan warna kulit untuk saling melengkapi kehidupan. Bolehkah kita menerima apa yang Allah s.w.t. tetapkan?

Mungkin kedengaran agak rasis, tetapi sanggup ke pembaca sekalian hidup dengan bangsa berlainan yang berbeza aturan hidupnya? Penulis Dr. Hayya Bilal membuktikan beliau dapat menjalani kehidupan dengan seorang warga asing yang lebih dikenali sebagai Negro. Betul ke?

Pembaca sekalian jangan tidak percaya, beliau mengeluarkan sebuah buku merakam catatan kehidupan beliau. Buku beliau yang berjudul Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?adalah terbitan Puteh Press.

Bagi saya, buku adalah karya yang baik untuk para pembaca bagi mengambil inspirasi dalam menilai sifat rasisme.

Penulis banyak menonjolkan sisi kehidupan masyarakat yang digelar Negro. Daripada budaya mereka, makanan, tempat-tempat yang menarik, dan pelbagai lagi.

Sejujurnya beliau tidak hanya mempromosikan pandangan baik terhadap masyarakat itu, sebaliknya penulis menceritakan hakikat sebenar mereka.

Pengembaraan beliau ke negara suami memperlihatkan banyak sisi menarik yang boleh diambil pengajaran.

Tentu ada pembaca yang tertanya-tanya bagaimana ramai anak muda Melayu sekarang juga jatuh cinta dengan warga Negro ini. Anda akan mendapat jawapan kepada persoalan itu dalam buku ini.

Seperti yang penulis katakan dalam tulisan beliau, “Cinta itu buta. Bukan sahaja buta, malah pekak, bisu, dan dungu. Apabila seseorang jatuh cinta, kuasa fikir dia akan menjadi lemah. tetapi , kuasa emosinya akan menguasai diri. Jatuh cinta memang indah…”

Mungkin itu adalah satu jawapan yang dicari. Tetapi, sekiranya mahu tahu yang selebihnya, perlu baca buku ini sendiri. Yang pasti ia dapat memberi pengajaran kepada pembaca supaya tidak menghukum orang lain sebelum mengenali.

Oleh: Fatin Amira

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s