5 Bab Yang Perlu Anda Tahu Dari Buku Kedua Saiful Nang

Selepas viral petikan dari buku Mat Jenin Sebenarnnya Hero karya Saiful Nang 2016, yang bercakap tentang masa depan anak-anak dan sindrom anak manja. “Sindrom anak manja hari ini memang teruk, sebab itu ada yang dah jadi bapa orang pun masih main Transformers dan masih tengok Dragon Ball.” – halaman 139

WhatsApp-Image-20160608

Buku Mat Jenin Sebenarnnya Hero yang mempunyai 288 halaman bukanlah hanya bercerita petikan pendek itu sahaja. Tidak logiklah buku yang tebal tapi ceritanya pendek sahaja. Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kandungan buku kedua Saiful Nang ini.

 

1. Parenting David Beckham VS Sultan Murad

Petikan anak manja yang menjadi viral ditulis oleh Saiful Nang ada dalam bab ini. Semua sedia maklum, buku-buku Saiful Nang ini adalah kompilasi luahan-luahan beliau yang dikumpulkan sejak 2007 sehingga 2014. Parenting David Beckham VS Sultan Murad adalah tulisan beliau pada 20 mei 2014.

Saiful Nang tidak pernah memanjakan anak dengan memberikan pelbagai barangan. Anak beliau sejak kecil dibiarkan bersama anak yatim dan asnaf yang kurang bernasib baik. Tidak minta dibelikan mainan kerana mereka tahu mereka BOLEH BUAT mainan sendiri.

Anak David Beckham, Brooklyn menjadi seorang yang kreatif dan inovatif berbanding dungu kerana hidup dalam keadaan cukup dan tanpa masalah.

Sultan Mehmet Al-Fateh, anak kepada Sultan Murah dicampakkan ke dalam kancah kesusahan bersama 2 orang sheikh yang mendidiknya, menjadikan beliau disegani sehingga empayar uthmaniah mendapat kejutan baru dan membina tamadun sebagai kuasa besar dunia.

saiful nang david beckham_0001 saiful nang david beckham 1_0001

 

2. Anak Melayu VS Anak Cina

“Anak cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil akih kedai runcit bapa dan mereka belajar tanpa sukatan pelajaran (pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket di seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.”

saiful nang anak cina_0001 saiful nang anak cina 1_0001

 

3. Didik Anak Menyampaikan Idea

Saiful Nang tidak memberi Orked (anaknya) telefon pintar dan tablet. Malah, menonton TV juga terpantau. Katanya lagi, mereka (iaitu anak-anak) pada masa hadapan ialah apa yang mereka tonton, dengar, berkawan dan lihat pada hari ni.

“Saya tak risau anak tak pandai membaca pada umur 6 tahun, tapi saya sangat risau jika anak tidak pandai bersalam dengan orang tua, tunduk hormat, datang bila dipanggil, mendengar kata dan hidup dalam aturan.”

saiful nang didik anak_0001 saiful nang didik anak 1_0001

 

4. Islam Bukan Hak Cipta Alimin dan Ulama

Ini bab yang agak kontroversi. Bagi kita yang hidup di Malaysia, bercanggah pendapat dengan para ustaz ustazah adalah suatu perkara yang orang pandangnya sebagai ‘tidak boleh’ kerana bagi sebilangan besar masyarakat kita memandang ustaz ustazah adalah pemegang kunci-kunci agama.

Berbeza dengan Saiful Nang, kata beliau Islam bukan hak cipta Alimin dan Ulama.

“Hakikatnya pada zaman ini, orang tidak memandang nasihatnya tetapi lebih kepada siapa yang beri nasihat itu. Jika perkara asas sebagai orang Islam pun mahu rujuk ustaz, lebih baik berhenti jadi orang Islam dari menyusahkan ustaz nak jadi secretary orang bukan ustaz yang tak pandai nak selak kitab, selak hadis, selak sirah dan mendalami siasah.”

saiful nang islam_0001 saiful nang islam 1_0001

Mungkin sebab ‘Saiful Nang’ tidak mempunyai tittle ustaz lah beliau kena kutuk dari kebanyakan orang. Kata mereka, hanya ustaz yang boleh bercakap hal-hal agama.

Capture2

 

5. Kerosakan di Bumi Suci: Bagaimana Lelaki Arab Memilih Isteri

Ada yang marah-marah dan tidak bersetuju dengan Saiful Nang bila dia bercerita tentang ketidak’suci’an Makkah. Cerita tentang wujudnya rumah pelacuran di sana dan kerosakan dari tangan-tangan kapitalisme.

Kali ini, cerita bagaimana lelaki Arab memilih Isteri. Orang Arab Mekah memang susah nak berkahwin. Hantaran yang agak mahal (purata 100,000 Riyal tidak termasuk belanja perkahwinan).

Disebabkan harga hantara yang mahal dan lumrah wanita Arab berkelubung dengan jubah dan purdah, maka dengan melalui perkhidmatan ‘broker’ dan juga saudara mara, mereka ini dipertemukan dalam acara merisik. Merisik satu perjumpaan yang tiada komitmen. Ibu bapa jadi tertekan kerana anak-anak gadis mereka tidak berkahwin melewati umur yang lanjut.

Maka dengan itu, merisik sudah menjadi seperti satu acara jualan untuk si lelaki melihat sendiri si gadis dari satu tirai luar dengan dengan keizinan ibu bapa si gadis. Ibu bapa yang terdesak akan mempamerkan anak gadis mereka dengan berpakaian seksi.

“Arab women is nice… They are expensive but you can see them stripping if you say you want marry her to their parents… Then parents will arrange the VIEWING session.”

saiful nang kerosakan di bumi suci _0001 saiful nang kerosakan di bumi suci 1_0001

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s