Fahaman Kepedulian Dalam Novel Republik Sungai Golok

Novel yang bukan sekadar novel, itu yang kita cari. Novel yang dibangunkan bersama fahaman kepedulian adalah novel yang merentas zaman. Walaupun zaman beubah, hakiakt novel ini masih kekal dan tidak mati.

Republik Sungai Golok adalah novel yang mempunyai fahaman kepedulian. Kepedulian yang dimunculkan melalui sikap dan watak. Fatimah, Ahmad, Ramlee, Irfan dan Faisal adalah antara watak yang dibangunkan dari fahaman kepedulian.

13315539_1631636447161834_7569856143489878623_n

Fahaman kepedulian tentang feminin dan semangat demokrasi, disentuh penulis dari kewujudan watak Fatimah;

“Eh, ketua darjah perempuan?” Faisal bertanya untuk kepastian. Diikuti gelak tawa dalam kelas. “Wah, sekolah ni lain, angkat perempuan jadi ketua.” Faisal seperti teruja.

 

“Kami tak main angkat perempuan suka-suka jadi ketua. Minggu lepas, hari pertama sekolah, kita buat undian, siapa yang dapat undian banyak dia akan jadi ketua darjah,” jelas rakan Fatimah yang dipanggil siti.

 

“Tradisi mengangkat hanya laki-laki jadi ketua kelas secara automatik dan penolongnya murid perempuan telah berakhir,” tambah Siti.

Fatimah ditonjolkan sebagai wanita yang cukup feminin dan punya semangat mahu berlawan. Surat yang dihantar, begitu luar biasa ayatnya.

Jika ia adalah dunia yang sebenar bukan novel-novelan, kita tentu persoalkan, “Bagaimana budak wanita yang remaja ini boleh menulis begitu.”

Penulis juga mengangkat isu pembinaan tembok sempadan di Sungai Golok. Malah, dalam kes sebenar, rata-rata penduduk rantau panjang dan golok tidak bersetuju untuk pembinaan ini yang tentu saja akan memberi tekanan, terutamanya kepada ekonomi dan hubungan kekeluargaan.

Walaupun Sungai Golok menjadi pemisah antara dua buah kerakyatan, namun kebanyakan dari kalangan pendudukan yang berdekatan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat walaupun berlainan negara. Bagi mereka pembinaan tembok pemisah adalah mimpi ngeri.

Fatimah membuat tindakan berani mati dengan percubaan untuk memberi surat kepada pak menteri yang hadir ke Sungai Golok, antara isi suratnya;

Datuk Seri, mengapa saya berpendapat pendidikan adalah kunci kepada membendung kegiatan penyeludupan di sempadan? Seperti yang saya tulis di atas, jika saya mendapat pendidikan yang baik saya akan membantu keluarga saya bila besar nanti.

 

Pendidikan yang baik juga akan melahirkan penguatkuasa undang-undang yang baik. Pendidikan yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik yang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang.

 

Pendidikan yang baik akan melahirkan pemimpin yang baik yang mengarah hal-hal yang baik kepada penguatkuasa undang-undang dan masyarakat. Bukan bermaksud sistem pendidikan sekarang tidak baik, saya tidak bermaksud begitu.

 

Cuma daripada pembacaan berita di akhbar sering melaporkan kes-kes penyeludupan sering berlaku di sempadan negara sebelah utara. Sedangkan di sana, di Padang Besar kerajaan sudah membina tembok sempadan dengan batu dan dibubuh dawai berduri. Tetapi mengapa masih berlaku kes penyeludupan?

 

Jadi hujah mengatakan bahawa pembinaan tembok akan dapat mengatasi masalah penyeludupan sudah tidak boleh diterima pakai dan dengan sendiri tertolak. Jadi apa masalah sebenarnnya?

 

Ya, benar Datuk Seri, kunci kedua adalah kemakmuran ekonomi pihak di sebelah sana.

Ahmad lahir dengan watak yang berani. Mungkin boleh dikategorikan dalam perkara ‘Utopia’ iaitu seorang kanak-kanak dapat berfikir begitu dewasa sekali.

Namun, kita tidak menolak bahawa mungkin ada budak seperti Ahmad yang lahir dari semangat ayahnya atau dari cerita-cerita yang terinspirasi diceritakan kepadanya. Semakin ditekan semakin berani.

Pengakhiran wataknya adalah kematian. Ahmad tidak redha dengan Sungai Golok menjadi sempadan yang terhasil dari perjanjian 1909 dahulu. Akibatnya beliau ditembak polis di Sungai Golok kerana cuba membantah dan tidak redha atas sempanan Sungai Golok ini.

Ramlee hidup untuk tidak bermusuh dengan sejarah. Katanya, belajar bahasa Thailand bukan untuk mengeji tetapi untuk menghargai dan sayang.

Melalui watak Ramlee kita boleh melihat bagaimana kehidupan Sami Buddha. Penulis menulis dua naratif, iaitu hubungan antara Ramlee dan Sami, serta bagaimana pandangan ayah Ramlee keatas Sami apabila beliau tidak bersetuju Ramlee belajar bahasa Thailand bersama Sami dengan beranggapan Ramlee akan menjadi Kafir.

Naratif penceritaan dan bentuk penulisan Isma Ae Mohamad agak sama dengan Nippan (penulis Thailand) ketika menulis Flower & Butterfly dan S. Othman Kelantan ketika menulis Orang Kota Bharu. Malah, penulis berjaya menjadikan novel ini mempunyai fahaman kepedulian yang cukup berani.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s