Vaksin Pembunuh Senyap?

Pagi ini, Malaysia mencatatkan kematian kedua yang melibatkan jangkitan difteria. Kes kedua ini masih melibatkan seorang kanak-kanak. Sama seperti kes yang pertama, seorang kanak-kanak meninggal dunia di Melaka akibat jangkitan difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, melalui kenyataan beliau menjelaskan, dalam kedua-dua kes kematian ini, mereka tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.

Tetapi, sejauh mana keberkesanan imunisasi vaksin ini sebenarnya?

Dalam masa beberapa bulan sebelum anda membaca artikel ini, sudah ada segelintir rakyat Malaysia yang mula meragui bahkan tidak membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan imunisasi ini.

Di Kelantan contohnya, ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan imunisasi itu kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya vaksin imunisasi yang digunakan itu daripada bahan haram.

Vaksin ada bahan haram? Betulkah?

Sebenarnya, vaksin adalah lebih dahsyat berbanding ura-ura kononnya ia mengandungi bahan haram. Banyak rahsia sebenarnya yang disembunyikan di dalam sesebuah suntikan vaksin.

Pernah dengar mengenai wabak selsema burung, bukan? Wabak ini melanda negara-negara Asia bermula pada tahun 2004. Malaysia sendiri menerima wabak ini bermula pada tahun 2006.

Tahukah kita, kebimbangan mula tercetus selepas 1,268 kes tingkah laku luar biasa dilaporkan berlaku terhadap remaja, yang kemudiannya berakhir dengan bunuh diri? Dan ini berlaku kepada remaja yang menghidap selesema burung!

Inilah realitinya! Inilah kesan sampingan yang berlaku selepas mereka diberikan ubat selsema tamiflu yang dikatakan boleh melawan selsema burung. Sedangkan ia sekadar antivirus influenza umum A dan B.

Lebih menakutkan lagi, tamiflu rupanya belum pernah terbukti berkesan melawan selsema burung!

Terkejut? Tidak percaya? Jawablah apa sahaja, kuasa besar Amerika Syarikat kini sedang (atau pun sudah hampir siap) membangunkan senjata biologi demi mengawal populasi manusia.

Tidak disangka-sangka, aktiviti ‘pembunuhan senyap’ ini tidak sahaja didalangi oleh Amerika Syarikat, ia malah dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi-agensi lain! Ah, terlalu banyak perkara yang disembunyikan! Terlalu banyak perkara yang mengejutkan!

Malah, Jerry Dr. Gray, penulis buku Deadly Mist juga tidak menafikan, suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia amat perlu bagi melindungi diri daripada serangan penyakit merbahaya. Namun, ketakutan mereka mengenai status vaksin itu juga perlu diambil kira.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s