Tun. M Mudah Lupa

Mahathir Mohamad dan Malaysia bagai aur dengan tebing, isi dengan kuku. Seluruh rakyat Malaysia masih tidak terlupakan beliau. Jasanya dan kekejamannya. Mahathir menjadi titik-titik penting dalam pembangunan negara Malaysia dan juga sehingga titik-titik demokrasi di Malaysia malap, gelap dan hitam.

Jika ditanya kepada sekalian ramai orang Malaysia apa yang mereka mahukan, adakah pembangunan yang dikata moden atau pintu demokrasi terbuka luas? Anda jawab sendiri.

Tun. M yang kita kenal hari ini di media seolah-olah bukan lagi Tun. M yang dahulu. Seolah beliau sudah bertaubat menyembah sujud kepada Tuhan atas dosa-dosa perlakuannya sebelum ini.

Beliau melihat Najib sebagai Sang Firaun yang zalim dan melihat dirinya sebagai seekor pari-pari yang mempunyai jiwa yang besar untuk menolong rakyat Malaysia dengan kuasanya yang ada.

Sedarkah kita? Sehingga saat ini, Tun. M belum pernah secara terbuka di media membuat pengumuman maaf beliau atas perlakuan-perlakuannya sebelum ini sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Bagaimana beliau merasakan dirinya tidak pernah membuat dosa dan kezaliman? Bagaimana Tun. M hanya merasakan dirinya sudah lengkap membuat pembangunan di Malaysia ini semakin baik?

Memang, memang kita tidak terlupakan jasa dan pahalanya dalam memberikan peluang pekerjaan. Memang kita tidak terlupakan bagaimana marah benar beliau kepada Lee Kuan Yew dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ semata-mata nak menolong orang Melayu? Memang kita tak pernah terlupakan menara berkembar petronas dan kereta proton saga.

Kami tak terlupakan Tun.

Kami yang Melayu ini tidak Mudah Lupa sebenarnnya apa yang Tun lakukan sebelum ini. Kebaikan Tun dan kebobokan Tun.

Sebenarnnya, dalam Tun melaungkan slogan ‘Melayu Mudah Lupa’, sebenarnnya Tun yang mudah lupa. Tun menyebut dalam buku Tun. M: Inilah Perjuangan, terbitan PTS;

“…Kita perlu kukuhkan politik orang Melayu. Bukan semata-mata dengan mencantumkan parti Keadilan, PAS, dan UMNO. Dulu tak payah bergabung pun kita kuat juga. Tidak seperti sekarang UMNO hampir hancur. Kenapa? Kerana pemimpin tidak tahu bagaimana cara untuk mengukuhkan parti dan mendapatkan kesetiaan ahli. Jadi, tindakan pertama yang perlu diambil adalah menyingkirkan pemimpin seperti ini. Selagi tidak disingkir, selagi itulah ahli UMNO akan terus mengundi parti lawan. Mereka tidak mahu mendukung pemimpin yang mereka tidak percaya seperti ini.”

Sebenarnya Tun Mudah Lupa, bukan Melayu mudah lupa

Tun lupa, Tun pernah bergabung dalam perikatan sehingga tertubuhnya Barisan Nasional yang dicadangkan oleh Almarhum Asri Muda. Kemudian Tun belot dari belakang akibat dendam Tun kepada orang yang tidak bersetuju dengan Tun menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Tun lupa, dalam jemaah Tun dulu, ada orang yang tidak setia dengan Tun dalam parti, kenapa?

Tun lupa, seperti Najib sekarang orang nak turunkan dia, sama juga dengan Tun dulu, kami semua nak turunkan Tun sebab Tun pun macam Sang Firaun dulu. Tapi kami tak mampu nak turunkan Tun sehingga Tun menangis-nangis dan mengundur sendiri.

Tun lupa, bukan Najib saja yang rosak sekarang, UMNO pun dah rosak. Jadi kami bukan nak singkirkan Najib saja, kami juga nak singkirkan UMNO yang laung ‘bantu Melayu’ tapi sebenarnnya Indah Khabar dari Rupa.

Paling Tun Mudah Lupa.

Tun lupa nak minta maaf kepada kami semua atas apa kesalahan yang Tun lakukan sebelum ini kepada kami selama 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri kita.

Tun memang Mudah Lupa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s