Temubual Bersama Richard Bulliet, Universiti Columbia Tentang Politik Turki

Kita masih lagi tidak mampu untuk ‘move on’ dari percubaan penggulingan yang dilakukan oleh sebilangan pihak tentera keatas kerajaan Turki. Sejak jumaat lalu sehingga Isnin hari ini, media sosial di Malaysia kebanyakannya masih membincangkan tentangnya. Ada yang menulis sisi-sisi kejayaan Erdogan keatas Turki, malah ada juga yang menulis sisi-sisi Erdogan yang ingin mentadbir Turki dalam bentuk autokrasi.

Jumaat lalu bukanlah kes kali pertama percubaan pihak tentera Turki melakukan rampasan kuasa ke atas kerajaan yang sah dipilih dari sistem pilihanraya. Sebelum ini, percubaan rampasan kuasa pernah dibuat sebanyak empat kali sejak 1960.

maxresdefault
Richard Bulliet

Dalam temubual vox.com bersama Richard Bulliet, profesor sejarah di Universiti Columbia, spesifikasi kajiaannya di Timur Tengah menjelaskan ketika Turki menjadi Republik dibawah Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1920 dahulu, tentera dilihat sebagai “jantung negara”. Komitmen tentera adalah wawasan sekular Atarturk untuk mengekalkan kestabilan fahaman sekular negara Turki.

 

Permulaan Republik Turki

Pada awal tahun 1920-an, semua orang yang berada di sekeliling Mustafa Kamal Atarturk adalah pegawai tentera. Slogan yang digunakan oleh beliau dan teman-teman tentera pada ketika itu, “Keamanan di Rumah dan Keamanan di Luar Negara”. Perkara ini tidak menghairankan sama sekali. Jika ditelusuri kejayaan Mustafa untuk naik ke tingkat politik yang lebih tinggi juga adalah melalui jalan tentera.

 

Penyertaan Turki ke dalam Nato

Apabila Turki mahu masuk ke dalam NATO, mereka merasakan bahawa struktur demokratik adalah penting untuk itu. Jadi pada tahun 1950, satu pilihan raya telah diadakan, namun parti di pihak pembangkang yang tulen dipanggil Parti Demokrat telah menang.

nato_north_atlantic_terrorist_organization_0

Parti Demokrat mempunyai banyak kekuatan undi di bahagian Timur negara di mana mereka mempunyai banyak penyokong agama, itulah kekuatan kemenangan mereka dalam pilihanraya ketika itu. Nada anti-sekular juga menjadi agenda utama kemenangan Parti Demokrat.

 

Rampasan Kuasa 1960

Selepas 10 tahun, pada tahun 1960, tentera mengadakan rampasan kuasa dan menahan Presiden dan Perdana Menteri dengan cara tanpa pertumpahan darah. Pihak tentera telah mengambil alih pemerintahan negara dari Parti Demokrat. Presiden, Celâl Bayar telah dijatuhkan hukuman penjara yang panjang.

 

Rampasan Kuasa 1971

Politik Turki berkembang hebat sehingga melahirkan puak kiri dan kanan. Satu lagi rampasan kuasa berlaku pada tahun 1971. Ini rampasan kuasa telah benar-benar direka oleh tentera untuk menghalang proses demokrasi daripada menjadi terlalu huru-hara atau terlalu ganas.

Selepas rampasan kuasa, jawatankuasa pegawai-pegawai tentera akan mentadbir negara dan kemudian mengembalikannya semula ke jalan pilihan raya demokratik baru. Selalunya, pihak tentera yang disukai yang akan berkuasa.

Kita dapat melihat siri-siri rampasan kuasa yang berlaku sebelum ini dalam dua spektrum berbeza, (1) ketaatan mutlak tentera kepada warisan Atatürk sebagai nasionalis dan sekular, dan (2) sebagai seorang lelaki yang akan membawa perintah dan kemajuan kepada negara.

 

Bagaimana Erdogan Menjinakkan Tentera

Rahsia besar Erdogan dalam menjinakkan tentera adalah, dia muncul sebagai orang yang membuat kemajuan di Turki agar diterima ke dalam Kesatuan Eropah, dan Kesatuan Eropah tidak akan bertolak ansur dengan rampasan kuasa (tidak demokrat). Persoalan EU mudah: “Adakah anda mempunyai demokrasi?”

Tentera benar-benar mahu berkuasa di Eropah untuk mengekalkan legasi Atatürk ini. Tetapi mereka tidak bersetuju dengan sifat autoritarian pemerintahan Erdogan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kuncinya adalah penyertaan ke dalam EU, dan sekarang, mereka (pihak tentera) tidak akan membiarkan Turki di tangan Erdogan.

 

Hubungan Gülen-Erdogan

Gerakan Gülen adalah sebuah gerakan keagamaan yang pada awalnya menjadi penyokong Erdogan. Kemudiannya, penyokong Gülen memulakan kempen untuk mendedahkan keuntungan dalam keluarga Erdogan. Bermula dari situ, Erdogan cuba untuk menghapuskan Gülen, tetapi pada masa itu gerakan Gulen telah menjadi penting dalam barisan pasukan polis Turki dan badan kehakiman. Penyokong setia Gulen yang berada dalam barisan polis telah ditendang keluar dan digantikan dengan penyokong setia Erdogan.

Pergaduhan dengan Gülen menjejaskan kredibiliti Erdogan. Beliau dilihat sebagai pemimpin agama di negara ini, tetapi sebaliknya dia telah menjadi lebih ‘Putin-esque’ dan beliau diejek di Turki, (contohnya) kerana telah membina sebuah kediaman (Istana) dengan seribu bilik di Ankara.

 

Siapakah musuh Erdogan di Turki hari ini?

Sebulan yang lalu, Erdogan menganggap parti Kurdish yang mendapat perwakilan besar dalam pilihanraya lalu sebagai pengkhianat. Ahli parlimen Kurdish mungkin bakal didakwa kerana tidak setia dan akan kehilangan imuniti sebagai ahli parlimen. Reaksi Erdogan ini sangat menyinggung perasaan semua orang ‘Kurd’ di Turki.

Erdogan mengistiharkan semua penyokong Gülen bakal menjadi sebuah organisasi pengganas di Turki. Ini lagi membuatkan Gülen menjadi musuh utama beliau. Selain itu, pihak liberal juga menjadi musuh beliau apabila mereka membantah urusan di Gezi Park, Dataran Taksim, beberapa tahun lalu.

Erdogan tidak mempunyai sokongan pengundi yang kuat, tetapi sokongan keatas beliau juga sukar untuk diramal. Yang pasti, Erdogan tidak mempunyai kesetiaan dari semua orang agama, orang-orang Kurdi, dan kesetiaan tentera.

 

Erdogan pernah menyumbat jeneral tentera ke dalam penjara untuk mengelakkan rampasan kuasa, Mengapa ia tidak berjaya mengekang rampasan kuasa?

Itu adalah urusan ‘Ergenekon’. Memang terdapat bukti rancangan rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera, sehingga mereka disumbatkan ke dalam penjara. Namun, mereka (jeneral) akhirnya dibebaskan atas alasan perbicaraan mereka tidak sesuai.

Malah, mereka tidak berada dalam perintah berkurung, perkara ini sangat mengejutkan saya. Mereka mempunyai sebab-sebab yang tinggi untuk menentang Erdogan. Jika kita perhatikan betul-betul mungkin kita akan mengetahui siapakah pegawai yang menjadi tulang belakang dalam percubaan rampasan kuasa kali ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s