Konspirasi Sebalik Kudeta Di Turki?

Hampir dua minggu selepas cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas pemerintahan Turki menemui kegagalan, dunia seakan belum mahu mendiamkan diri daripada mengeluarkan pendapat daripada pelbagai sudut.

Pelbagai komen yang diutarakan sama ada berbentuk menyokong mahupun menempelak, kesemuanya ditujukan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Topik utama yang menjadi pilihan adalah urus tadbir pemerintahannya.

Jika dilihat dari kacamata sejarah Turki semasa dan selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah, pentadbirannya tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Erdogan sendiri tidak terlepas daripada terkena tempiasnya.

“Ini semua wayang sebenarnya.” kata, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Faizal Musa atau lebih akrab disapa Faisal Tehrani.

Berdasarkan pemerhatian beliau, kudeta yang dilancarkan pada 15 Julai lalu dikatakan adalah ciptaan Erdogan sebagai langkah pembersihan pentadbiran Turki daripada individu-individu yang kononnya mempunyai ideologi yang berbeza dengan beliau.

Portal independent.co.uk turut mendakwa bahawa Erdogan menyifatkan cubaan rampasan kuasa ini akan membantu beliau membersihkan tentera ‘pengikut Gulen’ yang akan ‘membayar harga yang tinggi atas pengkhianatan mereka’.

Laporan berkenaan turut mendakwa, perkara ini mengundang ketakutan orang ramai, dimana rampasan kuasa ini digunakan oleh Erdogan sebagai alasan untuk terus melumpuhkan lawannya.

Faisal turut menjelaskan, Turki mengambil keputusan memulihkan hubungan diplomatik bersama Israel ekoran tindakan Israel yang mula mendekati musuh-musuh tradisi Turki, disamping kedudukan negara mereka yang menjadi laluan darat Turki untuk ke negara-negara teluk terutama selepas konflik di Syria.

Saat isu ini hangat dibincangkan, nama Fethullah Gulen kembali meniti bibir peneliti pergerakan politik Turki, selepas beliau menetap di US sejak 1999. Perbalahan antara Erdogan dan Gulen dikatakan menjadi sebab Presiden Turki menuduh Gulen sebagai dalang kudeta.

Bagaimanapun, tindakan Gulen menempelak tindakan Erdogan ini, dikukuhkan melalui penjelasan Faizal, dimana agak sukar untuk dipercayai individu yang tinggal jauh daripada Turki sejak sekian lama bercita-cita besar terhadap politik Turki dan meletakkan bidak-bidak tertentu bagi menguasai negara itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s