Yuran Tapak Pesta Buku Selangor Mahal, Pengunjung Tak Sampai 10%

 

“Paling tak masuk akal, yuran tapak dah nak sama dengan harga yuran PBAKL, sedangkan jumlah pengunjung tak sampai 10% daripada jumlah pengunjung PBAKL.” ZF Zamir memuat naik status facebooknya pagi ini tentang Pesta Buku Selangor yang berlangsung bermula semalam sehingga 7 ogos 2016 ini.

Selain yuran mahal dan jumlah pengunjung yang sedikit, beliau juga mempersoalkan tentang promosi acara ini yang tidak meliputi kebanyakan kawasan sekitar, “Ada tak nampak bunting di sekitar Shah Alam? Ada dengar promosi di radio utama (bukan RTM tau?)? Ada nampak promosi di media sosial, sebulan atau seminggu sebelum pesta buku ini dijalankan?”

“Orang duduk Shah Alam pun tak tahu di Shah Alam kini berlangsung Pesta Buku”

Tambah beliau lagi, “Yang paling jahanam, pesta buku ni dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kerajaan negeri ni kerajaan negeri Islam ke, sampai nak kena buka nasyid sepanjang pesta ni?”

Paling bermasalah, apabila dinamakan acara dengan ‘Pesta Buku Selangor’ tetapi yang ada hanyalah penerbit-penerbit buku dari kalangan Melayu, “Dalam negeri Selangor ni, tak ada Cina tak ada India ke, sampai pesta buku anjuran kerajaan negeri ni perlu jadi pesta buku Islamik?”

“Kenapa masa pesta buku, tiba-tiba nak berlagak alim jadi Islamik padahal beberapa hari sebelum, dok bawa masuk Selena Gomez buat konsert? (Jangan sampai aku buka statistik rumah urut Selangor ni)”

Beliau bertanya kepada semua penggerak industri buku, “Bila agaknya kita boleh serius nak jual buku ni? Bila agaknya kita boleh serius nak promosi acara jual buku sebulan sebelum, iklan di TV, radio dan pacak banner di 10,000 tempat seluruh negeri?”

“Jadi sekarang ni aku nak tanya, kenapa orang kita bila bab buku je, lemah syahwat betul?”

“Bila agaknya, kita boleh jadikan pesta buku tempat pelbagai kaum rai ilmu, Cina, India dan Melayu sama-sama berdagang dan membeli buku?”

“Kita kena ingat Tuan-tuan, Negeri Selangor ni negeri Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan. Rizab berbilion, bagi bonus raya kemain banyak ke kakitangan. Tapi kenapa tak boleh urus pesta buku bersungguh-sungguh?”

“Dan ingat, bukanlah aku beriya-iya sangat nak komplen pasal nasyid tu, tapi bayangkanlah, pesta buku kerajaan negeri tapi orang boleh buka booth jual kurma jual coklat? Bila agaknya kita boleh serius tentang ilmu, tentang buku ni?”

“Pesta buku ni depa buat ala kadar macam buat pertandingan nasyid tadika je, tak serius langsung. Tapi yelah, hadiah sastera pun depa buat asal ada je. Kerajaan macam ni ada cita-cita nak tawan Putrajaya? Puii. Boleh blah.”


10478601_10152131900516695_5358020314033838919_nZul Fikri Zamir adalah pengusaha rumah penerbitan Thukul Cetak, Penggerak The Wakaf Buku dan Pengasas bersama Teach For The Needs (TFTN). Penulis Sekolah Bukan Penjara-Universiti Bukan Kilang, Masyarakat Melawan Mahasiswa, Pedagogi Bahasa Tertindas, Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia di Christiana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s