Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Saharil Hasrin Sanin, penulis Cerpen-cerpen Underground memberitahu kepada Akhbar Metro, 1 Ogos yang lalu;

“Karya yang baik tidak sepatutnya diukur dengan siapa atau syarikat mana yang menerbitkannya.”

P5080002
Saharil bersama bukunya, foto oleh Robin Wong, https://robinwong.blogspot.my

Tambah beliau lagi,

“Perkembangan teknologi dan perubahan zaman sedikit sebanyak turut mengubah landskap industri penerbitan tempatan dengan pelbagai aliran dan gaya, merancakkan arena buku negara.”

Mengulas lanjut mengenai perdebatan buku indie dan tidak indie ini, beliau memberi buat fikir yang bernas;

“Tidak kira penerbitan indie atau arus perdana seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kedua-duanya saling melengkapi tanpa perlu disempitkan dengan persepsi atau unsur biasa terhadap sesuatu kerja.

Bagi yang belum mengenali Saharil, beliau sudah berkecimpung secara serius dalam industri buku Malaysia sejak 1991 lagi. Malah sebelum dari itu, ketika di peringkat sekolah beliau menyertai Minggu Penulis Remaja anjuran DBP di Kuaa Lumpur.

13768292_1595558054076723_517143643_nMempunyai lulusan dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendedahkan dirinya kepada aliran sastera marginal atau indie yang lebih awal meletus di barat. Karya trilogi benih popular beliau iaitu Kentang, Tentang dan Dentang boleh didapati di pasaran.

 

Karyanya Cahaya Tersangat Aneh turut diterjemahkan kepada bahasa Perancis dan diterbitkan semula dalam antologi Nouvelles de Melaisie.

Sepanjang kariernya, beliau sudah mendapatkan 8 buah pengiktirafan,

  1. Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991
  2. Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP 2001 dan 2005
  3. Hadiah Sastera Darul Takzim 2003 dan 2009
  4. Johan Sayembara Cereka Sains anjuran Karyanet dan DBP 2006
  5. Anugerah Blogger Terhebat 2008
  6. Anugerah Selangor Young Talents 2010
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s