Gila Babi! Beli Buku Sebuah Boleh Pergi Travel dengan RM7000

Pasaran buku Malaysia sudah menurun jumlah pembeli bukunya. Menurunnya jumlah pembeli buku bermakna merosotnya kualiti pembaca di Malaysia, betul kah? anda jawab sendiri.

Penerbit-penerbit baru pada tahun 2015-2016 lahir bagai cendawan selepas hujan. Satu sisi untuk pemerhati industri buku di Malaysia, ia adalah berita yang baik. Pada sisi yang lain ia sangat membimbangkan. Hingga akhirnya nanti ia akan menjadi buku lambak di pasaran tanpa kualiti kajian yang bagus.

Dr. Azhar Ibrahim dalam forum “Sastera Tertawan – Kebangkitan Karyawan Neoliberal Di Dunia Bahasa Melayu?” tahun lalu memberitahu kebimbangan dengan lahirnya kilang-kilang sastera akibat permintaan sastera semakin tinggi.

Bercakap soal buku-buku lambak ini, ia tidak tertakluk hanya berlaku pada penerbit-penerbit yang baru sahaja, malah yang sudah lama di dalam pasaran, akibat kekeringan idea yang kritikan akhirnya ia menjadi buku lambak. Dari segi genre juga, buku agama dan Islami tidak tertolak untuk menjadi ‘buku-buku yang lambak’ iaitu sekadar terbit.

Malah lebih teruk dari itu, wujudnya penerbit yang menjustifikasi karya-karya terbitan mereka lebih islami dari sesetengah penerbit lain yang sudah menyimpang dari jalan yang lurus, liberal, menolak Islam dan macam-macam tuduhan lagi.

Yang membimbangkan juga label-label sebegini muncul dalam keadaan yang sama kita kekurangan ulasan-ulasan sastera di negara kita, jauh dari itu, hampir tiada pengkritik sastera.

15 September yang lepas, Puteh Press mengumumkan pertandingan menulis review untuk buku-buku Saiful Nang dengan hadiah lumayan RM7000 untuk pergi travel ke Turki, Italy dan Switzerland. Di sini kita lihat dengan nyata bahawa industri buku Malaysia sudah semakin susut untuk membuatkan ramai orang membeli buku dan meningkatkan jualan.

review-buku-sf-06

Sebaliknya juga, ia adalahh acara untuk menghargai pembeli dan pembaca, dengan harapan apabila mereka membeli walaupun sebuah sahaja dari buku Saiful Nang, mereka boleh juga menyertai tulis review yang power-power dan menang.

Untuk industri buku kita, pembeli yang kurang akan mengakibatkan masa depan pembukuan kita luntur, juga pembeli yang banyak akan mengakibatkan buku-buku lambak di pasaran dengan rasa cuba menyedapkan hati ‘Orang akan baca buku Aku’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s