Jangan Termakan Agenda Islam versi ISMA

Malaysia dibangun bukan sahaja dari kalangan orang Melayu dan Islam sahaja. Negara ini dibangun dari segenap lapisan bangsa dan agama yang membentuk faham ‘multikultural’. Ambil contoh di Ipoh, Karak, Kota Bharu, di sini pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan harmoni dalam suasana masyarakat sivil yang baik.

tunku

Perhimpunan BERSIH5 yang diadakan pada hari ini untuk menuntut apa yang patut ditunaikan kerajaan. Perhimpunan ini juga untuk menggugat kerusi Perdana Menteri Malaysia agar menoleh kebelakang dan memerhati segelap lapisan masyarakat miskin, kelas menengah dan kelas bahawan yang hidup untuk esoknya terus hidup.

image-bersih-4-940x580

Dalam pada semua rakyat bersatu hati menyatakan solidariti untuk negara sendiri agar Najib Razak meletakkan jawatan dan menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerajaan bersih, hak membantah, mempertahankan demokrasi berparlimen, memperkukuhkan sabah & sarawak, ISMA masih hadir dengan bisikan perkauman yang tidak pernah selesai.

ISMA mempersoalkan tindakan BERSIH5 dan menyatakan ini agenda kristianisasi.

isma-3

Juga melalui cabang ISMA, Arus Baru.

isma-1

Tidak terkecuali, saudara Adnin Roslan, CEO Tarbiah Sentap, syarikat penerbitan buku, juga adalah orang-orang ISMA.

isma-2

Perkauman seperti ini akan meruntuhkan Malaysia dan langsung tidak membawa sebarang kebaikan. Malah cara seperti ini juga mendatangkan kesan yang buruk kepada Islam kerana ISMA seiring sejalan menggunakan nama ISLAM dalam pertubuhan mereka.

Firman Allah dalam surah  Al-An’am (6) : 108,

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s