Konten Filem Desolasi Lemah + Tembak-Menembak Tak Real

5 minit pertama dah rasa bosan menonton filem ni. Tak rasa menonton filem tetapi mendengar tazkirah (walaupun yang nak cuba disampaikan adalah monolog) daripada Aiman (Syamsul Yusof).

Yang best hanyalah part KL kosong tanpa manusia. Bab ni ramai yang puji termasuklah aku. Yelah, mana ada lagi filem Malaysia yang berjaya lagi sampai tahap macam ni dalam penggunaan teknik kesan khas.

desolasi-official-trailer-2016-mp4_000061936
kredit foto: http://cikgumanstation.blogspot.my/

Tiba-tiba yang best pun bertukar menjadi sampah. Teknik kesan khas tak berjaya untuk scene tembak menembak dan pecahkan bangunan. Nampak sangat tak real. Kalau memang tak boleh buat, tak payah lah buat, lagi bagus. Rasa fedup betul untuk babak-babak yang sampah ni.

desolasi-official-trailer-2016-mp4_000081872
kredit foto: http://cikgumanstation.blogspot.my/

Ini satu lagi sampah, penyakit Anton Babinski. Dalam temubual bersama wartawan M-Star, Syafiq Yusof mengaku penyakit Anton babinski tu hanyalah diselitkan untuk menyedapkan cerita. Aku pun tak pasti adakah mesin yang digunakan untuk mengembalikan Aiman ke dalam dunia yang sebenar itu memang wujud dalam penyelidikan mana-mana doktor atau sebaliknya. Yang pasti term ‘Anton Babinski’ tu tak deep.

Kalau betul nak bawa fakta dalam filem, buat bagi betul-betul fakta. Bincang secara detail kes-kes yang terlibat dalam penyakit Anton Babinski. Macam apa yang industri Korea buat untuk filem dan drama perubatan mereka.

Mudahnya, Desolasi nak suruh kita bertaubat dan kembali ingat kepada tuhan dan baca al-Quran, itu sahaja. Memanglah pengajaran atau moral yang nak disampaikan ini bagus, tetapi dialog-dialog yang menjadi tazkirah sudah tidak best.

Filem adalah cerita. Orang pergi panggung wayang nak tengok cerita bukan nak dengar tazkirah. Cuba kita baca novel dari Ulama terkenal HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, ada HAMKA bagi tazkirah dalam novelnya?

Semuanya HAMKA menggunakan bahasa yang indah dan tak nampak ingin berkhutbah dan mengajar manusia untuk bertaubat dan kembali kepada Tuhan. Yang ada hanyalah, HAMKA ingin bercerita.

share

SING, sebuah filem Animasi, kalau kita nak bandingkan kontennya dengan Desolasi, jujur aku kata, konten SING lagi bagus dari Desolasi walaupun tak ada tazkirah-tazkirah semacam dalam Desolasi dan ada watak BABI yang penuh inspirasi.

1477495370-find-you

Aku rasa, paling merugikan Syafiq Yusof kali ni apabila beliau tidak menggunakan sebaik mungkin peluang untuk bercerita mengenai penyakit Anton Babinski dengan menggunakan teknik kesan khas yang beliau mahukan. Kalau beliau betul-betul serius dari awal hingga akhir cerita tentang Anton Babinski comfirm power.

Kalau kita lihat keseluruhan cerita, bahagian yang paling best adalah bahagian bila kita tahu Aiman sebenarnya ada penyakit Anton Babinski dan beliau dari alam Desolasi dibawa kembali ke dunia nyata menggunakan mesin.

desolasi-official-trailer-2016-mp4_000087751
kredit foto: http://cikgumanstation.blogspot.my/

Kemudian, Aiman ingin masuk semula untuk mendapatkan semula perempuan (Nabila Daly) yang beliau temui dalam alam Desolasi. Sehingga bila doktor melihat sendiri dua insan yang mempunyai penyakit Anton Babinski boleh berinteraksi dalam alam Desolasi.

Yang best juga perasaan ingin tahu tentang siapakah lelaki yang ambil gambar Aiman di Pasar Seni. Plot ni bagus, ada twist. Kita fikir dia jahat tapi sebaliknya.

Kalau nak dibandingkan Desolasi dengan MUNAFIK (sebab kedua-dua filem ini ada penglibatan Syamsul Yusof), aku lebih enak dengan MUNAFIK dan lakonan mantap Abel (Nabila Huda). Twist lagi power.

+ yang best juga, lagu tema filem ni nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s