Hujah Lawan Hujah Adalah Penyelesaian Konflik Salah Faham ‘Sikh – Islam’

Pagi ini aku dikhabarkan dengan laporan polis yang dibuat oleh Amarjit Singh Gill, Setiausaha Agung Gerakan Kebangsaan Sikh Malaysia yang mahukan polis menyiasat keatas penulis muda, Ahmad Iqram Mohd Noor yang menulis buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam? yang boleh mengelirukan orang ramai.

Baca berita penuh di Malaysiakini.

sikh-1
Amarjit Singh Gill. Gambar: Malaysiakini

Amarjit Singh Gill memberitahu, buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal daripada Islam? memasukkan agama Sikh berasal daripada Islam dan memberikan fakta yang salah dari kefahaman orang ramai yang menganut Sikh.

a2479d6c-0f0d-4845-8a01-872c49274bee

3 Pertuduhan yang dibuat oleh beliau:

  1. Tajuk buku yang mengelirukan
  2. Fakta yang salah ‘Guru Nanak pergi Haji’
  3. Fakta yang salah ‘Bukan Guru Nanak yang mengasaskan Sikhisme’

Bagi aku, melakukan pertuduhan menggunakan birokrasi polis adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku sebelum kedua-dua belah pihak melakukan pertemuan, berforum, berdebat dan masing-masing membawakan hujah.

Untuk pertuduhan yang ketiga, Saudara Iqram menulis dalam bukunya,

… Maka ada golongan yang melihat Kabir sebagai perintis kepada ajarah Sikhisme. Selepas idea Kabir tersebar, maka lahirlah pengasas sebenar agama Sikh pada tahun 1469. Beliau bernama Guru Nanak Dev…

Dalam menulis atau memberikan pandangan, Iqram dilihat tidak terlalu mencuba untuk menyatakan ‘bukan Guru Nanak yang mengasaskan Sikhisme’ kerana beliau menggunakan perkataan ‘ada golongan yang melihat’ ini bermaksud beliau memasukkan juga pandangan sebahagian kecil yang melihat Kabir sebagai perintis  agama Sikh.

14358983_1202558176468274_3682883423649393578_n
Ahmad Iqram Mohd Noor. Gambar: facebook

Berkenaan Guru Nanak pergi Haji, bukan semborono beliau memetik dan memuatkan di dalam bukunya. Ada rujukan yang dimuatkan pada nota hujung,

Lihat Raj Pruthi, (2004) Sikhism and Indian Civilization, Discovery Publishing House, New Delhi, hlm 184.

Mungkin Amarjit boleh juga membuat laporan polis supaya disiasat juga buku yang ditulis oleh Raj Pruthi pada tahun 2004 ini.

Laporan polis yang dibuat Amarjit boleh dianalogikan seperti,

Kita menyangka pencuri nak masuk ke rumah kita maka kita pun buatlah laporan polis. Ketakutan itu adalah kita tidak yakin dengan rumah kita. Kita merasakan rumah kita belum cukup sempurna dan kebarangkalian ia akan dimasuki pencuri.

Penyelesaiannya mudah, bukan melalui birokrasi dan kekuasaan, tetapi melalui jalan ilmiah, jalan keilmuan dan jalan pengetahuan. Ini yang dituntut dalam kesemua agama.

Bertemu dan berdebatlah dengan kedua-dua belah pihak membawa hujah. Debat yang tiada juri, biarkan penonton yang menentukan akal mereka sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s