Aku Kagum dengan Matluthfi Boleh Bincang Pasal Falsafah Dengan Power

Lama sudah aku tidak mengikuti video-video Matluthfi di laman web YouTube. Alasan biasa, sibuk dengan kerja yang tiada sudah-sudahnya.

Walau bagaimanapun, tahniah aku ucapkan kepada beliau atas kejayaan menyiapkan buku ketiga sebelum 2016 menutup tirai beberapa hari lepas. Tajuk yang menarik, Kisah 25 Filsuf Barat. Aku beli buku ni dengan Puteh Putes. Kalau kau nak beli jugak, kau boleh whatsapp 011-55467212.

web-25-filsuf-putehx-380x545

Dua buku sebelum ini – Catatan Matluthfi dan Momen2 Matluthfi, aku kira mendapat sambutan yang memberangsangkan. Beruntung aku sempat membeli dan membaca kedua-duanya.

Sebelum aku mengulas sedikit sebanyak mengenai buku ketiga beliau, ada baiknya kita mengenali dua buku ini. Bukan apa, ada yang bertanya; mana satu buku dia yang best ya, bang? Mungkin dia belum pernah lihat buku Matluthfi agaknya.

Jika kita berpeluang membaca buku-buku Matluthfi, atau kau sememangnya sudah membaca berkali-kali, kau akan perasan ia seakan perjalanan hidup seseorang yang bertukar fasa daripada pemikiran ‘kanak-kanak riang’ kepada orang dewasa, tetapi dalam bentuk penulisan.

Tidak perlu merujuk kepada orang lain, aku sendiri berasa sedemikian.

Jadi, aku tidak hairan apabila terbitnya buku Kisah 25 Filsuf Barat. Buku ini sebenarnya menunjukkan ukuran tahap kedewasaan penulis (dia memang sudah dewasa pun). Aku petik kata-kata Matluthfi;

“Semakin kita membesar, semakin kita merasakan sesuatu. Rasa seperti kehidupan ini bukan tempat yang main-main. Semakin membesar semakin kita rasa nak berbincang hal-hal yang besaq. Sebab itulah munculnya buku ketiga yang seperti hangpa pegang sekarang.”

kisah_25_filfus_barat-_2  kisah_25_filfus_barat-1

Bila aku dah baca buku ketiga Mat ni, perasaan kagum tidak dapat lari daripada perasaan. Bukan mudah untuk seseorang mengolah berkenaan falsafah – satu bidang yang dianggap berat hatta dalam kalangan cendekiawan – dalam bentuk yang mudah difahami oleh golongan orang awam.

Ya, filsuf bukan nabi. Namun falsafah dan pemikiran yang dibawa oleh mereka bukan mudah untuk dinafikan atau ditolak selepas kita memahaminya dengan baik.

Nasihat aku, kau perlu membuka minda seluas-luasnya sebelum membaca buku ini. Bukan apa, takut kau terkejut dan tidak sengaja kata; Mathluthfi sebar ajaran sesat woi!

Advertisements

2 thoughts on “Aku Kagum dengan Matluthfi Boleh Bincang Pasal Falsafah Dengan Power

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s