Kita Tak Perlukan Lagi Buku Lonely Planet Yang Mahal

Adakah anda salah seorang seperti saya yang minat untuk pergi keluar menggembara dan selalu membeli buku-buku pasal travel untuk dijadikan rujukan atau sekadar bahan bacaan santai?

Kalau Ya, tentu anda juga tahu macam mana harga sebuah buku travel seperti dari terbitan Lonely Planet kan?

Harganya tak akan kurang daripada RM50. Malah kadang-kadang melebihi RM100. Jenuh la mak kalau setiap kali nak beli buku travel harganya cecah-cecah ratus riban semua ni.

Tapi kalau kita penggembara tegar, sebenarnya tak perlu pun buku-buku semua ni. Boleh je bina jadual sendiri dan buat kajian sendiri. Baru rasa macam penggembara sejati. Tapi membaca pun kadang-kadang sebahagian daripada rujukan jugak. kankan

Kami dah tahu sekarang dah muncul fenomena banyaknya penerbit-penerbit yang mula mencetak dan menerbitkan buku-buku bersifat gaya travel, travelog dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Semuanya best-best.

Cuma untuk entri kali ni, kami nak membandingkan buku travel (produk malaysia) dengan buku travel (produk dari luar). Setakat ini, hanya penerbit Puteh Press sahaja yang nampak gaya untuk melawan buku-buku travel yang mahal seperti Lonely Planet ni.

Apa yang Puteh Press buat sama seperti apa yang Lonely Planet terbitkan. Yang berbezanya adalah cara persembahan, isi, penulis dan paling penting adalah HARGA. Semua buku-buku ini dijenamakan dengan I’m A Backpacker.

Setakat ini meraka baru sahaja ada 5 siri buku I’m A Backpacker. iaitu,

  1. I’m A Backpacker Korea
  2. I’m A Backpacker Europe
  3. I’m A Backpacker Germany
  4. I’m A Backpacker United Kingdom
  5. I’m A Backpacker Japan

Cara persembahan siri I’m A Backpacker ni sangat cun dan menarik. Lebih menarik daripada apa yang dipersembahkan oleh Lonely Planet. Tapi kekurangnnya mungkin mereka tidak se detail apa yang ditulis oleh Lonely Planet.

Sabtu ini, kami dijemput ke acara Pelancaran Buku I’m A Backpacker Germany, 20 may 2017 (Sabtu), pukul 3.00 – 4.00 petang di BORDERS Bookstore, IOI City Mall, Putrajaya. Anda pun boleh hadir bersama-sama dalam majlis ini. Kalau korang kaki travel macam kami jugak, WAJIB datang lee. Boleh rujuk poster kat bawah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s