Aku Kagum dengan Matluthfi Boleh Bincang Pasal Falsafah Dengan Power

Lama sudah aku tidak mengikuti video-video Matluthfi di laman web YouTube. Alasan biasa, sibuk dengan kerja yang tiada sudah-sudahnya. Walau bagaimanapun, tahniah aku ucapkan kepada beliau atas kejayaan menyiapkan buku ketiga sebelum 2016 menutup tirai beberapa hari lepas. Tajuk yang menarik, Kisah 25 Filsuf Barat. Aku beli buku ni dengan Puteh Putes. Kalau kau nak beli jugak, kau boleh whatsapp 011-55467212. Dua buku sebelum ini … Continue reading Aku Kagum dengan Matluthfi Boleh Bincang Pasal Falsafah Dengan Power

Konspirasi Sebalik Kudeta Di Turki?

Hampir dua minggu selepas cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas pemerintahan Turki menemui kegagalan, dunia seakan belum mahu mendiamkan diri daripada mengeluarkan pendapat daripada pelbagai sudut. Pelbagai komen yang diutarakan sama ada berbentuk menyokong mahupun menempelak, kesemuanya ditujukan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Topik utama yang menjadi pilihan adalah urus tadbir pemerintahannya. Jika dilihat dari kacamata sejarah Turki semasa dan selepas kejatuhan … Continue reading Konspirasi Sebalik Kudeta Di Turki?

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta menaungi Daulah Islamiyyah pada 31 Ogos 1876 dan meninggal pada Februari 1918. Beliau mewarisi sebuah empayar diambang korupsi dan lemah. Pelbagai konflik menghiasi era pemerintahan kedua-dua sultan sebelum Sultan Abdul Hamid II. Pembaziran harta untuk membina istana baharu, komplot mengguling sultan, rasuah, campur tangan pihak luar dalam pemerintahan sehingga berlakunya peperangan, selain pembunuhan orang-orang kerajaan.   Continue reading Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sultan Abdul Hamid II

Vaksin Pembunuh Senyap?

Pagi ini, Malaysia mencatatkan kematian kedua yang melibatkan jangkitan difteria. Kes kedua ini masih melibatkan seorang kanak-kanak. Sama seperti kes yang pertama, seorang kanak-kanak meninggal dunia di Melaka akibat jangkitan difteria. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, melalui kenyataan beliau menjelaskan, dalam kedua-dua kes kematian ini, mereka tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia … Continue reading Vaksin Pembunuh Senyap?