Hujah Lawan Hujah Adalah Penyelesaian Konflik Salah Faham ‘Sikh – Islam’

Pagi ini aku dikhabarkan dengan laporan polis yang dibuat oleh Amarjit Singh Gill, Setiausaha Agung Gerakan Kebangsaan Sikh Malaysia yang mahukan polis menyiasat keatas penulis muda, Ahmad Iqram Mohd Noor yang menulis buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam? yang boleh mengelirukan orang ramai. Baca berita penuh di Malaysiakini. Amarjit Singh Gill memberitahu, buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal daripada Islam? memasukkan agama Sikh berasal daripada … Continue reading Hujah Lawan Hujah Adalah Penyelesaian Konflik Salah Faham ‘Sikh – Islam’

Jangan Termakan Agenda Islam versi ISMA

Malaysia dibangun bukan sahaja dari kalangan orang Melayu dan Islam sahaja. Negara ini dibangun dari segenap lapisan bangsa dan agama yang membentuk faham ‘multikultural’. Ambil contoh di Ipoh, Karak, Kota Bharu, di sini pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan harmoni dalam suasana masyarakat sivil yang baik. Perhimpunan BERSIH5 yang diadakan pada hari ini untuk menuntut apa yang patut ditunaikan kerajaan. Perhimpunan ini juga untuk … Continue reading Jangan Termakan Agenda Islam versi ISMA

AIR Adalah Makhluk Terawal Dicipta Oleh Tuhan

“Ustaz! Jika Arasyh adalah makhluk terawal dan terbesar, kemudian ayat 7 surah Hud pula menyebut ia berada di atas air, maka bayangkan berapa banyak kuantiti air di seluruh alam semesta.!” Agak tergamam saya mendengar kenyataan murid saya itu. Ia timbul berikutan perbincangan panjang lebar tentang ayat 7 surah Hud malam tadi. Lagi tersembunyi lagi ia mendesak rasa ingin tahu. Itulah tabiat manusia yang menjadikan mereka … Continue reading AIR Adalah Makhluk Terawal Dicipta Oleh Tuhan

Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah

Sejak kecil kita dikongsi dengan kisah-kisah popular dari Al-Quran dan Sirah Nabi. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi. Sehingga kini, adakah kisah ini sebenarnnya BENAR? Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim menjawab persoalan ini dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir… Ceritera Wartawan Al-Quran dalam bab Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah. Dalam berdepan kisah burung … Continue reading Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah

Halal & Haram Dalam Islam, karya Qardhawi Paling Terkini Selepas kali Pertama diterbitkan pada 1960

Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang sering kita baca karya tulisnya sering saja menjadi jalan penyelesaian untuk masalah-masalah keagamaan yang berlegar di sekeliling kita. Itulah pentingnya kita membaca dan mendengar pendapat dari orang yang berilmu seperti beliau. Halal & Haram Dalam Islam merupakan buku (kitab) yang membincangkan dengan berhemah tentang persoalan-persoalan yang sering menjadi persoalan. Walaupun tajuknya ‘Halal & Haram’, perbincangan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi tetap meluas. … Continue reading Halal & Haram Dalam Islam, karya Qardhawi Paling Terkini Selepas kali Pertama diterbitkan pada 1960

Harapan Keharmonian antara Agama di Malaysia dalam Buku ‘Kau Sempah Apa?’

“Kau Sembah Apa?” tajuknya sangat kasar. Seolah-olah bertanya dalam bentuk mahu berperang. Sedangkan persoalan agama sepatutnya ramah. Mungkin niat asalnya mahu mencari judul yang cathcy tapi judul ini langsung tidak catchy seperti yang diharapkan. Design kulitnya juga tidak menarik seperti design-design kulit buku terbitan Puteh Press yang lain. Munkin saja, penerbit meletakkan logo-logo agama yang berbeza dan gambar wajah-wajah penganut yang berbeza untuk memberikan persepsi tentang … Continue reading Harapan Keharmonian antara Agama di Malaysia dalam Buku ‘Kau Sempah Apa?’

Imam Mahdi dalam Persepsi Mazhab Sunni – Syiah

Pada Mei 2015 umat Islam dikejutkan dengan kehadiran seorang individu yang menganggap dirinya sebagai Imam Mahdi. Memetik laporan dari Suara.TV, lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu mendakwa konon dirinya telah pun dibai’ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi ketika upacara bai’ah yang dilakukan antara hajar aswad dan makam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu. Perkara sebegini amat membimbangkan umat Islam … Continue reading Imam Mahdi dalam Persepsi Mazhab Sunni – Syiah