Konten Filem Desolasi Lemah + Tembak-Menembak Tak Real

5 minit pertama dah rasa bosan menonton filem ni. Tak rasa menonton filem tetapi mendengar tazkirah (walaupun yang nak cuba disampaikan adalah monolog) daripada Aiman (Syamsul Yusof). Yang best hanyalah part KL kosong tanpa manusia. Bab ni ramai yang puji termasuklah aku. Yelah, mana ada lagi filem Malaysia yang berjaya lagi sampai tahap macam ni dalam penggunaan teknik kesan khas. Tiba-tiba yang best pun bertukar … Continue reading Konten Filem Desolasi Lemah + Tembak-Menembak Tak Real

Filem Hanyut Telan 18 Juta, Selepas 3 Tahun Baru Berjaya Tembus Pasaran Malaysia

3 tahun kita bercakap, berbincang mengenai filem Hanyut yang menelan belanja sebanyak 18 juta akhirnya ditayangkan di Malaysia. U-Wei, sutradara yang hanya membuat filem 5 tahun sekali tersilap percaturan sehingga Hanyut menjadi ‘basi’ untuk ditayangan di negara sendiri. Hanyut diangkat dari novel Almayer’s Folly, karya Joseph Conrad. Seperti biasa dengan karya-karya U-Wei sebelum ini, filemnya pasti akan mengangkat watak sosok wanita yang kuat. Sekilas pandang ia biasa-biasa … Continue reading Filem Hanyut Telan 18 Juta, Selepas 3 Tahun Baru Berjaya Tembus Pasaran Malaysia

Kritik-kritik Sosial Dari 5 Filem P.Ramlee

P.Ramlee adalah orang filem dan juga penyayi yang memunculkan dirinya untuk menghiburkan ramai. Dalam ramai-ramai orang itu barangkali ada diri kita sendiri yang pernah ketawa ketika menonton beberapa karya filemnya atau merasakan terharu mendengarkan gubahan lagu-lagunya. 7 Julai 2016 yang lalu, kenyataan dari David Teo menggugah perasaan kita semua. Ada yang marah, geram dan lain-lain. “Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat … Continue reading Kritik-kritik Sosial Dari 5 Filem P.Ramlee