Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Saharil Hasrin Sanin, penulis Cerpen-cerpen Underground memberitahu kepada Akhbar Metro, 1 Ogos yang lalu; “Karya yang baik tidak sepatutnya diukur dengan siapa atau syarikat mana yang menerbitkannya.” Tambah beliau lagi, “Perkembangan teknologi dan perubahan zaman sedikit sebanyak turut mengubah landskap industri penerbitan tempatan dengan pelbagai aliran dan gaya, merancakkan arena buku negara.” Mengulas lanjut mengenai perdebatan buku indie dan tidak indie ini, beliau memberi buat … Continue reading Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta menaungi Daulah Islamiyyah pada 31 Ogos 1876 dan meninggal pada Februari 1918. Beliau mewarisi sebuah empayar diambang korupsi dan lemah. Pelbagai konflik menghiasi era pemerintahan kedua-dua sultan sebelum Sultan Abdul Hamid II. Pembaziran harta untuk membina istana baharu, komplot mengguling sultan, rasuah, campur tangan pihak luar dalam pemerintahan sehingga berlakunya peperangan, selain pembunuhan orang-orang kerajaan.   Continue reading Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sultan Abdul Hamid II

Cerita Mahathir melalui persepsi buku Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad, nama yang tidak asing di negara kita. Seorang individu yang banyak membuat perubahan kepada Malaysia. Malah, nama beliau juga turut dikenali di negara-negara luar sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh. Sepanjang tampuk pemerintahan beliau, pelbagai pembaharuan sudah dilakukan oleh Tun Mahathir bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dari pelbagai aspek. Sehingga kini, walaupun hampir 13 tahun beliau melepaskan jawatan sebagai … Continue reading Cerita Mahathir melalui persepsi buku Tun M

Ini Cerita tentang Genghis Khan, yang Memimpin Empayar Mongol Menjadi Penakluk Dunia

Bercakap tentang sejarah, tentu saja ia berkaitan dengan ketamadunan manusia. Tamadun dan empayar kerajaan sering dibincang atas kejayaan dan kejatuhannya. Apa yang pasti di sebalik kewujudan sesebuah tamadun itu, tokoh juga penting untuk diperhatikan. Genghis Khan adalah antara pemerintah yang berjaya menjadikan empayar dan kerajaannya megah di seantero dunia. Beliau menggunakan gelaran “Khagan” bermaksud ‘Raja dari segala raja’. ‘Penakluk dunia’ satu ungkapan yang bertepatan bagi … Continue reading Ini Cerita tentang Genghis Khan, yang Memimpin Empayar Mongol Menjadi Penakluk Dunia

Orang Tidak Masuk Universiti Menulis Sejarah

HAMKA yang lahir dari tanah Nusantara antara ulama yang meletakkan dirinya dalam kancah intelektual. Kita sedia maklum, HAMKA yang sudah menulis berpuluh buku bukanlah seorang yang berkelulusan dari universiti yang bersistem (malah yang bersistem sehingga sistem telah mereputkan intelektual ke dalam tangan kekuasaan). Sharif Shaary memberitahu hakikat intelektual bukanlah seorang yang berkelulusan dari universiti; Belajar di universiti bukan jaminan seseorang boleh menjadi intelektual, seorang intelektual … Continue reading Orang Tidak Masuk Universiti Menulis Sejarah

Politik Kuasa Dan Politik Equality: Pemerhatian keatas Hitler

Der Führer bermaksud “Sang Pemerintah”. Dalam sambungan novel kedua saudara al-Ghazali ini, beliau memeta Hitler sebagai seorang pemerintah. Berbanding novel pertamanya, beliau menceritakan Hitler dari kelahirannya sehingga pada awal Hitler diserap masuk ke parti Nazi. Membaca Hitler adalah membaca politik. Hitler yang lahir dari jalanan dengan cita-cita untuk menjadi seorang pelukis, akhirnya terubah dengan biografinya ditulis sebagai seorang ahli politik yang berjaya melebar sayap kuasanya … Continue reading Politik Kuasa Dan Politik Equality: Pemerhatian keatas Hitler