Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Saharil Hasrin Sanin, penulis Cerpen-cerpen Underground memberitahu kepada Akhbar Metro, 1 Ogos yang lalu; “Karya yang baik tidak sepatutnya diukur dengan siapa atau syarikat mana yang menerbitkannya.” Tambah beliau lagi, “Perkembangan teknologi dan perubahan zaman sedikit sebanyak turut mengubah landskap industri penerbitan tempatan dengan pelbagai aliran dan gaya, merancakkan arena buku negara.” Mengulas lanjut mengenai perdebatan buku indie dan tidak indie ini, beliau memberi buat … Continue reading Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Fahaman Kepedulian Dalam Novel Republik Sungai Golok

Novel yang bukan sekadar novel, itu yang kita cari. Novel yang dibangunkan bersama fahaman kepedulian adalah novel yang merentas zaman. Walaupun zaman beubah, hakiakt novel ini masih kekal dan tidak mati. Republik Sungai Golok adalah novel yang mempunyai fahaman kepedulian. Kepedulian yang dimunculkan melalui sikap dan watak. Fatimah, Ahmad, Ramlee, Irfan dan Faisal adalah antara watak yang dibangunkan dari fahaman kepedulian. Fahaman kepedulian tentang feminin … Continue reading Fahaman Kepedulian Dalam Novel Republik Sungai Golok

Minat Fantasi Dari Kecil Memunculkan Aristokra

Aristokra adalah sebuah buku baharu karya penulis fantasi, Ahmad Patria Abdullah. Buku ini merupakan sambungan daripada kronika Nashan. Ia mengisahkan tentang sebuah negara yang dikenali sebagai Nashan yang terletak dalam sebuah negara yang bernama Aurora. Nashan  diperintah oleh puteri dan Aristokra terakhir Aurora, Melyn ien Sarra iea Nashrain. Namun begitu, Aurora dan pemerintahan Melyn diancam bahaya. Terdapat rahsia yang perlu dirungkai bagi menyelamatkan kembali Nashan … Continue reading Minat Fantasi Dari Kecil Memunculkan Aristokra

Kritik halus para penulis cerpen dari Thailand 1969-1985 (Bhg 2)

Nyawa dan Darah Daging oleh Phaitun Than-ya Cerita tentang sebuah keluarga yang dihuni oleh dua wanita, ibu yang sedang mengandung dan seorang anak perempuan yang masih gadis. Wanita ini ditinggalkan suaminya setelah beberapa tahun berkahiwn. “Akibat cinta , perkara-perkara yang akan berlaku pada hari-hari muka itu semuanya dianggap aman, senang dan indah bak kelopak-kelopak mawar  yang mempesonakan dan menarik sesiapa sahaja yang ingin menikmatinya.” Suatu hari, … Continue reading Kritik halus para penulis cerpen dari Thailand 1969-1985 (Bhg 2)

Kritik halus para penulis cerpen dari Thailand 1969-1985 (Bhg 1)

Lebah oleh Assiri Thammachot Cerita mengenai sebuah keluarga yang dilengkapi dengan seorang ibu dan dua orang anak lelaki. Wanita (Ibu) ini membaca kehidupan melalui kepercayaan terhadap buku tilikan nujum. Suatu hari, lebah hinggap dan membuat sarang di hadapan rumahnya. Beliau percaya dari buku nujum tersebut jika hal tersebut berlaku maka keluarganya akan ditimpa malang. Kemudian, beliau jatuh sakit sehingga tidak mampu berbuat apa-apa kerja. Anak lelakinya … Continue reading Kritik halus para penulis cerpen dari Thailand 1969-1985 (Bhg 1)