Gila Babi! Beli Buku Sebuah Boleh Pergi Travel dengan RM7000

Pasaran buku Malaysia sudah menurun jumlah pembeli bukunya. Menurunnya jumlah pembeli buku bermakna merosotnya kualiti pembaca di Malaysia, betul kah? anda jawab sendiri. Penerbit-penerbit baru pada tahun 2015-2016 lahir bagai cendawan selepas hujan. Satu sisi untuk pemerhati industri buku di Malaysia, ia adalah berita yang baik. Pada sisi yang lain ia sangat membimbangkan. Hingga akhirnya nanti ia akan menjadi buku lambak di pasaran tanpa kualiti … Continue reading Gila Babi! Beli Buku Sebuah Boleh Pergi Travel dengan RM7000

Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Saharil Hasrin Sanin, penulis Cerpen-cerpen Underground memberitahu kepada Akhbar Metro, 1 Ogos yang lalu; “Karya yang baik tidak sepatutnya diukur dengan siapa atau syarikat mana yang menerbitkannya.” Tambah beliau lagi, “Perkembangan teknologi dan perubahan zaman sedikit sebanyak turut mengubah landskap industri penerbitan tempatan dengan pelbagai aliran dan gaya, merancakkan arena buku negara.” Mengulas lanjut mengenai perdebatan buku indie dan tidak indie ini, beliau memberi buat … Continue reading Karya Yang Baik Tiada Ukuran indie atau Tidak Indie – Saharil

Yuran Tapak Pesta Buku Selangor Mahal, Pengunjung Tak Sampai 10%

  “Paling tak masuk akal, yuran tapak dah nak sama dengan harga yuran PBAKL, sedangkan jumlah pengunjung tak sampai 10% daripada jumlah pengunjung PBAKL.” ZF Zamir memuat naik status facebooknya pagi ini tentang Pesta Buku Selangor yang berlangsung bermula semalam sehingga 7 ogos 2016 ini. Selain yuran mahal dan jumlah pengunjung yang sedikit, beliau juga mempersoalkan tentang promosi acara ini yang tidak meliputi kebanyakan kawasan … Continue reading Yuran Tapak Pesta Buku Selangor Mahal, Pengunjung Tak Sampai 10%

Konspirasi Sebalik Kudeta Di Turki?

Hampir dua minggu selepas cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas pemerintahan Turki menemui kegagalan, dunia seakan belum mahu mendiamkan diri daripada mengeluarkan pendapat daripada pelbagai sudut. Pelbagai komen yang diutarakan sama ada berbentuk menyokong mahupun menempelak, kesemuanya ditujukan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Topik utama yang menjadi pilihan adalah urus tadbir pemerintahannya. Jika dilihat dari kacamata sejarah Turki semasa dan selepas kejatuhan … Continue reading Konspirasi Sebalik Kudeta Di Turki?

Masa Depan Hak Asasi Manusia di Turki Kabur – Faisal Tehrani

15 Julai 2016 (Jumaat), percubaan untuk merampas kerajaan Erdoğan telah berlaku dan akhirnya ia menumpuh kepada kegagalan. Ramai yang mengulas dan memberi pendapat, tak kurang juga yang telah bersama-sama barisan Erdoğan untuk mempertahankan Turki dari dirampas secara tidak adil dan tidak bermaruah. Dalam temubual Baca Reviu bersama saudara Faisal Tehrani, ini kata beliau; Apa yang saya lihat selepas percubaan rampasan kuasa adalah pencabulan hak asasi … Continue reading Masa Depan Hak Asasi Manusia di Turki Kabur – Faisal Tehrani

Kritik-kritik Sosial Dari 5 Filem P.Ramlee

P.Ramlee adalah orang filem dan juga penyayi yang memunculkan dirinya untuk menghiburkan ramai. Dalam ramai-ramai orang itu barangkali ada diri kita sendiri yang pernah ketawa ketika menonton beberapa karya filemnya atau merasakan terharu mendengarkan gubahan lagu-lagunya. 7 Julai 2016 yang lalu, kenyataan dari David Teo menggugah perasaan kita semua. Ada yang marah, geram dan lain-lain. “Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat … Continue reading Kritik-kritik Sosial Dari 5 Filem P.Ramlee

Temubual Bersama Richard Bulliet, Universiti Columbia Tentang Politik Turki

Kita masih lagi tidak mampu untuk ‘move on’ dari percubaan penggulingan yang dilakukan oleh sebilangan pihak tentera keatas kerajaan Turki. Sejak jumaat lalu sehingga Isnin hari ini, media sosial di Malaysia kebanyakannya masih membincangkan tentangnya. Ada yang menulis sisi-sisi kejayaan Erdogan keatas Turki, malah ada juga yang menulis sisi-sisi Erdogan yang ingin mentadbir Turki dalam bentuk autokrasi. Jumaat lalu bukanlah kes kali pertama percubaan pihak … Continue reading Temubual Bersama Richard Bulliet, Universiti Columbia Tentang Politik Turki