2 Ulama’ Besar Bergaduh: Siapa Yusuf Al-Qardhawi dan Siapa Haji Hadi?

Sehari dua ini kita yang bukan bertaraf ulama’ ini dipertontonkan dengan ulama’-ulama’ yang bertikam lidah. kita boleh terima lagi jika bertikam lidah itu bermaksudkan mencari sebuah solusi untuk ummah tapi yang kita tonton adalah sebaliknya. Haji Hadi dalam rakaman video yang dimuatkan naik oleh Portal Berita Sinar Harian telah memberitahu kepada seantero dunia mengenai keuzuran Qardhawi. “Telinga dia tak berapa dengar, mata dia tak berapa … Continue reading 2 Ulama’ Besar Bergaduh: Siapa Yusuf Al-Qardhawi dan Siapa Haji Hadi?

Konten Filem Desolasi Lemah + Tembak-Menembak Tak Real

5 minit pertama dah rasa bosan menonton filem ni. Tak rasa menonton filem tetapi mendengar tazkirah (walaupun yang nak cuba disampaikan adalah monolog) daripada Aiman (Syamsul Yusof). Yang best hanyalah part KL kosong tanpa manusia. Bab ni ramai yang puji termasuklah aku. Yelah, mana ada lagi filem Malaysia yang berjaya lagi sampai tahap macam ni dalam penggunaan teknik kesan khas. Tiba-tiba yang best pun bertukar … Continue reading Konten Filem Desolasi Lemah + Tembak-Menembak Tak Real

Jangan Termakan Agenda Islam versi ISMA

Malaysia dibangun bukan sahaja dari kalangan orang Melayu dan Islam sahaja. Negara ini dibangun dari segenap lapisan bangsa dan agama yang membentuk faham ‘multikultural’. Ambil contoh di Ipoh, Karak, Kota Bharu, di sini pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan harmoni dalam suasana masyarakat sivil yang baik. Perhimpunan BERSIH5 yang diadakan pada hari ini untuk menuntut apa yang patut ditunaikan kerajaan. Perhimpunan ini juga untuk … Continue reading Jangan Termakan Agenda Islam versi ISMA

Masa Depan Hak Asasi Manusia di Turki Kabur – Faisal Tehrani

15 Julai 2016 (Jumaat), percubaan untuk merampas kerajaan Erdoğan telah berlaku dan akhirnya ia menumpuh kepada kegagalan. Ramai yang mengulas dan memberi pendapat, tak kurang juga yang telah bersama-sama barisan Erdoğan untuk mempertahankan Turki dari dirampas secara tidak adil dan tidak bermaruah. Dalam temubual Baca Reviu bersama saudara Faisal Tehrani, ini kata beliau; Apa yang saya lihat selepas percubaan rampasan kuasa adalah pencabulan hak asasi … Continue reading Masa Depan Hak Asasi Manusia di Turki Kabur – Faisal Tehrani

Temubual Bersama Richard Bulliet, Universiti Columbia Tentang Politik Turki

Kita masih lagi tidak mampu untuk ‘move on’ dari percubaan penggulingan yang dilakukan oleh sebilangan pihak tentera keatas kerajaan Turki. Sejak jumaat lalu sehingga Isnin hari ini, media sosial di Malaysia kebanyakannya masih membincangkan tentangnya. Ada yang menulis sisi-sisi kejayaan Erdogan keatas Turki, malah ada juga yang menulis sisi-sisi Erdogan yang ingin mentadbir Turki dalam bentuk autokrasi. Jumaat lalu bukanlah kes kali pertama percubaan pihak … Continue reading Temubual Bersama Richard Bulliet, Universiti Columbia Tentang Politik Turki

Tun. M Mudah Lupa

Mahathir Mohamad dan Malaysia bagai aur dengan tebing, isi dengan kuku. Seluruh rakyat Malaysia masih tidak terlupakan beliau. Jasanya dan kekejamannya. Mahathir menjadi titik-titik penting dalam pembangunan negara Malaysia dan juga sehingga titik-titik demokrasi di Malaysia malap, gelap dan hitam. Jika ditanya kepada sekalian ramai orang Malaysia apa yang mereka mahukan, adakah pembangunan yang dikata moden atau pintu demokrasi terbuka luas? Anda jawab sendiri. Tun. … Continue reading Tun. M Mudah Lupa