25 Kawasan Yang Dilalui Enrique Melaka Akan Membuatkan Kita Rasa WOW

Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugal, bukan sahaja harta negara yang dirampas, malah rakyat Melaka ada yang turut dijadikan tawanan. Magellan dan Diego Lopez de Sequiera adalah wakil Portugal yang pertama berlayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan menjadi ‘mata-mata’ sebelum Melaka ke tangan Portugal. Enrique Melaka menjadi tawanan Magellan. Oleh sebab itu, Enrique Melaka menjadi orang Melayu pertama yang mengelilingi banyak buah negara … Continue reading 25 Kawasan Yang Dilalui Enrique Melaka Akan Membuatkan Kita Rasa WOW

AIR Adalah Makhluk Terawal Dicipta Oleh Tuhan

“Ustaz! Jika Arasyh adalah makhluk terawal dan terbesar, kemudian ayat 7 surah Hud pula menyebut ia berada di atas air, maka bayangkan berapa banyak kuantiti air di seluruh alam semesta.!” Agak tergamam saya mendengar kenyataan murid saya itu. Ia timbul berikutan perbincangan panjang lebar tentang ayat 7 surah Hud malam tadi. Lagi tersembunyi lagi ia mendesak rasa ingin tahu. Itulah tabiat manusia yang menjadikan mereka … Continue reading AIR Adalah Makhluk Terawal Dicipta Oleh Tuhan

Rupa-Rupanya Propaganda Ahli Politik Sekarang Sudah Dilaung Firaun Dahulu

Selalu kita dengar dalam ucapan ahli politik, mereka akan menyebut “Ini tanah kita”, “Negeri kami untuk kami” dan yang sama dengannya. Inilah antara propaganda yang berkesan dalam ucapan ahli politik ketika mempromosikan kempen pilihanraya. Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz menulis dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir. Terbitan PTS Publishing House pada halaman 235-236. Selain senjata ini, senjata dengan memburukkan pihak lawan juga sering digunakan orang-orang politik sekarang ataupun … Continue reading Rupa-Rupanya Propaganda Ahli Politik Sekarang Sudah Dilaung Firaun Dahulu

Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah

Sejak kecil kita dikongsi dengan kisah-kisah popular dari Al-Quran dan Sirah Nabi. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi. Sehingga kini, adakah kisah ini sebenarnnya BENAR? Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim menjawab persoalan ini dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir… Ceritera Wartawan Al-Quran dalam bab Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah. Dalam berdepan kisah burung … Continue reading Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah

Cerita Mahathir melalui persepsi buku Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad, nama yang tidak asing di negara kita. Seorang individu yang banyak membuat perubahan kepada Malaysia. Malah, nama beliau juga turut dikenali di negara-negara luar sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh. Sepanjang tampuk pemerintahan beliau, pelbagai pembaharuan sudah dilakukan oleh Tun Mahathir bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dari pelbagai aspek. Sehingga kini, walaupun hampir 13 tahun beliau melepaskan jawatan sebagai … Continue reading Cerita Mahathir melalui persepsi buku Tun M

Halal & Haram Dalam Islam, karya Qardhawi Paling Terkini Selepas kali Pertama diterbitkan pada 1960

Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang sering kita baca karya tulisnya sering saja menjadi jalan penyelesaian untuk masalah-masalah keagamaan yang berlegar di sekeliling kita. Itulah pentingnya kita membaca dan mendengar pendapat dari orang yang berilmu seperti beliau. Halal & Haram Dalam Islam merupakan buku (kitab) yang membincangkan dengan berhemah tentang persoalan-persoalan yang sering menjadi persoalan. Walaupun tajuknya ‘Halal & Haram’, perbincangan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi tetap meluas. … Continue reading Halal & Haram Dalam Islam, karya Qardhawi Paling Terkini Selepas kali Pertama diterbitkan pada 1960

Ini Cerita tentang Genghis Khan, yang Memimpin Empayar Mongol Menjadi Penakluk Dunia

Bercakap tentang sejarah, tentu saja ia berkaitan dengan ketamadunan manusia. Tamadun dan empayar kerajaan sering dibincang atas kejayaan dan kejatuhannya. Apa yang pasti di sebalik kewujudan sesebuah tamadun itu, tokoh juga penting untuk diperhatikan. Genghis Khan adalah antara pemerintah yang berjaya menjadikan empayar dan kerajaannya megah di seantero dunia. Beliau menggunakan gelaran “Khagan” bermaksud ‘Raja dari segala raja’. ‘Penakluk dunia’ satu ungkapan yang bertepatan bagi … Continue reading Ini Cerita tentang Genghis Khan, yang Memimpin Empayar Mongol Menjadi Penakluk Dunia